Kotak Iklan

#kata 48

senyap sahaja .
mulut tak bisa bersuara .
akal tak bisa diguna .

aduh !

ingin aku jerit sekuat hati .
aku ingin bebas !
aku ingin lari dari kekejaman ini .

aku mahu .
cipta satu dunia dimana hanya ada aku ,
bersama apa yang aku mahu .

aku mahu .
ubah segala .
biar aku jadi insan baru semula .

keinginan umpama metafora .
kata laksana hiperbola .
hipokrit aku rasa .
padahal aku serba tiada .

pada mereka mereka .
maaf atas segala .

tiada pernah niat untuk menyakiti .
aku hanya menjalani proses mencari identiti .

agar tiada yang terasa .
meski maaf bagai sudah tiada makna .

tapi .
hanya itu yang mampu aku beri .

kepada semua .
maaf sekali lagi .

.

No comments:

Post a Comment