Kotak Iklan

# Cinta Bagi Aku

yang mimpi tapi realiti , yang terbang tinggi tapi jatuh terperosok ke bumi . kadang ibarat metafora yang disulam rasa penuh hiperbola *pause* . mesti korang tak faham . kan ?

realiti jatuh cinta , kadang ibarat mimpi yang penuh dengan duka . dan bila tersedar , kita dah pun bahagia . tapi kita tak sedar bila kita bahagia . sebab kita tidak pernah bersyukur dengan kebahagiaan yang kita dapat tetapi kita asyik sibukkan diri persoal duka yang kita rasa . mustahil bahagia itu dicipta tanpa melalui duka (gua berani kerat jari) . MUSTAHIL . *kenyit

kadang korang akan rasa yang korang tak layak bercinta . kerana terlalu banyak duka yang korang terima . sampai korang rasa penat untuk rasa cinta . penat untuk terima cinta . penat untuk segala galanya tentang cinta .

tapi pernah korang terfikir , segala duka yang korang terima , adalah sekadar proses untuk korang lebih menghargai bahagia yang korang bakal terima nanti . *fikirkan .

Tuhan ada banyak cara untuk ajar kita . untuk bawa kita ke jalan-Nya .

Tuhan ,
kalau benar sudah ada cinta untuk aku , biar ianya datang tepat pada masanya , tepat pada tempatnya , dan yang terutama , tepat pada insannya . kerana aku percaya , cinta adalah satu kuasa luar biasa . kuasa yang tiada tandingannya .

cinta bagi aku , bilamana hati kata mahu , hidup kata perlu . dan diri sentiasa rindu . meski ada depan mata , tetap rindu selamanya .

*soalan untuk korang , antara dicintai dan menyintai , mana yang korang pilih ?

.

26 comments:

  1. puitis nyer..luahan hati ko ker?

    ReplyDelete
    Replies
    1. bila jiwa dah sampai . semua akan keluar sendiri = ) .

      Delete
  2. Aku sanggup dicintai.

    ReplyDelete
  3. dicintai ? dan kau rela dicintai org yang tak kau cintai ?

    ReplyDelete
  4. vEry sAd . . . . Tapi cinTa itu Buta . . . susaH nk dpT cinTa yAng sejaTi . . . hmmmmmmmMM . . :'(

    ReplyDelete
    Replies
    1. cinta tu buta jika mata yang kuasai segala . lihat semua guna hati = )

      Delete
  5. aku tak rase aku nie ade mood nak bercinte sekarang -.-

    ReplyDelete
    Replies
    1. mood cinta tu sentiasa ada . cuma kita yang menafikan bila kita merasakan .

      Delete
  6. nak dua-dua..
    dicintai dan menyintai...
    nampak tamak..


    tanpa duka..kita taktau bahagia tu mcm mana.. takde berbandingan hidup ni orang kata..

    ReplyDelete
    Replies
    1. nama pun pilihan . seharusnya pilih satu . = )

      aku rela menyintai . sebab cinta sejati , meski tak bisa memiliki , tetap akan bahgia melihat dia tersenyum sentiasa . *tipu kalau aku kata aku bahagia melihat dia bahagia dengan org lain . aku cuma bahagia melihat dia tersenyum sentiasa .

      Delete
  7. dua-dua perlu. macam tak adil kalau cuma salah satu yang hadir. aku bukan bermaksud tamak, cuma kau akan dicintai dan mencintai bila kau jumpa orang yang betul. mungkin? itu rasa aku.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak adil tu memang adat di dunia . tak pernah adil . memang setiap manusia dicipta berpasangan , tapi pernah kita terfikir , apa insan insan yang pernah hadir dalam hidup kita , tanpa kita hargai , tanpa kita sedar , dia dicipta untuk kita . dan kini , memang terlambat untuk kita kejar semula .

      peluang kedua tu memang ada . tapi tak semua dapat . jadi , bilamana tidak dapat pelung kedua , walau tak bisa memiliki , harus tetap menyintai .

      Delete
    2. mungkin betul kata kau. lagipun, mencintai tak semestinya memiliki dan memiliki juga tak semestinya mencintai.. mungkin ada baiknya tetap mencintai walau tak bisa memiliki seperti kata kau.

      Delete
  8. Dicintai dan mencintai :)

    ReplyDelete
  9. Replies
    1. keliru untuk menentukan jawapan untuk soalan ini , sama saja seperti kau keliru untuk mengizinkan diri kau bahagia atau tidak .

      Delete
  10. adakah engkau homoseksual

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada agama tidak semestinya syahwat kepada homoseksual itu tiada.

      adakah engkau homoseksual

      Delete
    2. =) , tolonng perjelaskan dimana penulisan saya yang menunjukkan bahawa saya ini homoseksual?

      demi Tuhan, saya straight.

      Delete
  11. itu la titik dimana aku mula belajar bercinta dengan manusia
    tak nafi ada banyak rasa-rasa yang sakit di hati. cinta manusia begitu la.
    belajar ikhlas ,menghargai.
    dan cinta tak semesti antara lelaki an perempuan.
    krn yg aku tegaskan disini cinta dalam persahabatan :)

    ReplyDelete
  12. bagi aku perlu seri..Dicintai dan Mencintai..
    Baru Namanya Cinta.
    aku bahagia lihat orang yang aku cintai bahagia walau bukan dgn aku.sebab cinta tak harus memiliki.
    cinta itu skopnye luas.cinta sahabat,cinta manusia,cinta keluarga.Aku pilih cinta kepada tuhan kerana hanya dia tahu siapa yg terbaik utk aku =)

    ReplyDelete