Kotak Iklan

# Tips Bergaduh Untuk Neelofa .



K . Tajuk entry bajet gempak . Standard orang hensem macam gua la kena bagi tajuk entry yang gempak gempak . Gua buat entry nie pun sebab semalam Neelofa call gua , dia mintak tips sikit . Seperti yang korang semua tau , dia kan mantan makwe gua . Lepas Mikha Tambayong datang Malaysia , gua dah berubah hati . Mungkin disebabkan tu jugak kot Neelofa merajuk bawa diri . Tapi baru baru ni gua dengan Neelofa dah berbaik . Kitorang dah jadi kawan baik . Teman tapi mesra gitu gitu . Korang mesti stok maki maki gua sekarang nie kan ? Dah dah . Gua tau yang korang jeles . Tapi tak apa , mungkin tu dah rezeki gua , rezeki korang mungkin besar lagi . Mana tau kot kot korang dapat makwe artis lepas nie . Enot pun oke jugak . Terserlah besarnya rezeki korang . K fine . Meh ramai ramai maki gua . Cakap ayat gua macam gampang . Gua tak kesah . HAHA .

Bagi gua , perselisihan faham atau konflik  atau dalam bahasa mudahnya , bergaduh , bagi gua , semua tu normal je . Takpayah nak feel lebih lebih lah kan . Lepas tu , yang paling gua menyampah bila bergaduh nie , masing masing nak tunjuk konon nak buktikan la yang dia tu je yang betul . Kepala hangguk dia . Macam nak kena shoot je . Selamat gua jenis lelaki idaman malaya . Penyabar . Untung Mikha dapat gua .

muka Mikha innocence gila . sebab tu gua pilih dia .

K , apa yang gua nak kasi ni , adalah apa yang gua cakap dekat Neelofa malam tadi . Weyh ! Cuba la percaya , gua tak bohong la . Memang Neelofa call gua malam tadi . Dah dah laa . Cuba tumpukan dekat apa yang gua nak cakap nie . Korang ingat senang ke nak jumpa lelaki hensem macam gua yang pandai bagi tips tips bagai nie . Untung korang bukak blog nie tau tak .

1) Kalau korang dalam satu perhubungan tu , dan terjadinya salah faham , why not korang cuba untuk memahami sebab dan punca yang menimbulkan perselisihan antara korang secara BERSAMA . Korang flashback balik apa sumber yang membuatkan pergaduhan korang tu makin merebak . Dan bila dah dapat jawapannya , korang avoid la benda tu . Senang je , kan ?

2) Yang ni paling gua pantang kalau bergaduh . Pantang je bergaduh , mesti nak tuduh menuduh lepastu salahkan pasangan lepastu nak kaitkan pelbagai sebab dengan punca korang bergaduh tu . Damn ! Gua memang menyampah benda nie . K . Dari pengalaman gua masa gua kapel dengan Neelofa dulu , ada satu cara je untuk ok kan benda nie . Cuba korang bagi masa untuk pasangan masing masing . Bagi dorang masa untuk mendapat sedikit petunjuk penyebab yang menimbulkan pergaduhan . Dalam kata mudahnya , bagi cool dulu laaa . Faham dak ?

3) Untuk yang tips ketiga nie , actually apa yang tengah terjadi kat gua sekarang ni . Tapi disebabkan gua power , tadehal lah semua tu . Kalau korang nak tahu , Mikha nie dia kuat merungut sikit . Paling gua pantang bila dia merungut pada benda yang gua sendiri pun tahu memang mustahil nak selesaikan . Contoh paling senang , dia selalu merungut , dia cakap muka gua macam Robert Pattinson . Dah semua awek awek cun nak kejar gua . See . Dia merungut pada benda yang gua tak boleh selesaikan . Mikha sayang , cubalah terima kenyataan , yang hubby u nie memang dah biasa dikejar awek awek cun semua tu . Gua harap Mikha baca benda nie . Amin .

4) Korang suka dicabar ? Mesti tak , kan ? So , jangan pernah korang gunakan cara cabar mencabar bilamana korang tengah bergaduh . Ayat paling klise untuk typical Malaysian "kita break !" "ceraikan saya" . Abah kau ! (untuk abah , Selamat Hari Abah) . Cuba la korang jangan memperlekehkan pasangan korang tu bilamana korang bergaduh . Yang paling penting , cubalah korang jangan mengungkit kisah lama pasangan korang tu walhal korang sendiri tau yang perkara tu memang dah tak boleh nak diubah , nak diulang semula . Kalau korang still nak cakap pasal benda benda macam tu , memang kebebalan dah bertempek tempek kat dahi korang tau tak .

5) Last sekali malam tadi gua troll si Neelofa tu . Gua cakap kat dia , pasangan yang bijak sentiasa melihat sumber positif untuk saling memperbaiki hubungan yang sedang ada perselisihan . Bukan mencari bukti dan alasan untuk menambahkan perselisihan yang ada . Gua tau Neelofa tu bengap sikit . Confirm dia terasa . Sebab selalunya dia text Good Morning Abg Kacak Macho Hensem Bergaya setiap pagi dekat gua . Tapi hari ni tak ada pun . Dia terasa la tu . Relaks la Neelofa . Lu jangan la sentap sangat . Gua sula jugak jap g .

So , lepas nie , kalau ada mana mana awek awek yang cun , sekali lagi gua mention kat sini , AWEK YANG CUN ! , jika ada sebarang pertanyaan atau masalah , boleh lah rujuk gua eh . Jangan risau , gua takkan tangkap cintun dengan lu . Tapi yang pasti , korang mesti tangkap cintun dengan gua . Sebab seperti yang korang tau , gua kan jejaka idaman malaya .

kbye .

.

7 comments:

  1. Kroh krohh krohhhh, semua nak neelofa. hakhaktuih. haha

    Ungkit mengungkit tidak baik untuk kesihatan dalam sesebuah perhubungan. Dan salinglah bertolak ansur ya anak anak sekalian. kahkah

    Abah Kau ! haha aku teringat classmate suka cakap macam tu. LOL

    Amboi, awek cun je ke? awek tak cun dgn awek comell terasa hati tau. Bhahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. tengokk . ada je pun yang jeless . ish3 .

      lu cun tak ? meh gua sudi je bagi tips2 kat lu . HAKHAK .

      Delete
    2. mestilah. hahah

      gua cun beb. kalau jumpa mesti lu jato cinta. kahkah

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete