Disebabkan hal hal yang tak dapat dielakkan , gua memang dah
susah nak update blog sekarang nie . jadi , sila lah hargai setiap entry yang
gua update lepas nie . sebab seperti yang korang sedia maklum , memang susah
nak tengok orang sehensem gua yang mampu menulis entry se-awesome gua .
*pause
Gua memang riak pun . kesah ?
Ok , baru baru nie , gua ditanya oleh seorang manusia yang
waallahu’alam gua pun tak tahu lakilaki atau perempuan . disebabkan soalan yang ditujukan pada gua tu
, secara tak langsung , gua TER-muhasabah diri gua sendiri pabila gua
memikirkan jawapan untuk soalan yang gua dapat tu .
รจ Salam, semoga abang duan yang awesome, sentiasa
dalam keadaan sihat walafiat. Saya disini hanya ingin bertanya pada abang duan
yang awesome satu soalan. Tak banyak pun, satu je. Ok, macam ni, saya konpius.
Antara dicintai dan menyintai, mana lagi penting? Abang duan yang awesome, tolong
jawabkan eh. Sebab kalau abang duan yang awesome tak jawabkan, kemungkinan saya
terpaksa menghempas kepala berkali kali ke dinding semata nak cari jawapannya.
yang menderita sakit jiwa,
yang ingin jadi awesome macam abg duan.
Soalan dia lebih kurang macam tu la .
pergi mati pergi mampus siapa nak kata gua perasan . sikit
gua tak kesah . gua persetankan je kata kata busuk tu . gua tahu , yang kutuk
kutuk gua , semua sebab jeles tak dapat jadi awesome macam gua . ye dak ?
Back to topic ,
jawapan gua bagi soalan ni ialah , gua pun tak tahu . gua mentionkan kat sini ,
gua pun tak tahu .
Setiap manusia tu kan berlainan . masing masing ada pendapat
masing masing . jadi , kalau ada yang nak bangkang jawapan gua nie , sekali
lagi gua nak ulang , pergi mati pergi mampus .
Disebabkan gua pun tak ada jawapan untuk soalan tu , jadi ,
gua cuma boleh bagi pendapat gua sendiri sahaja . sekali lagi gua ulang ,
pendapat gua sendiri .
Dan jawapan gua , mana
lagi penting bagi seekor burung , kepak kiri atau kepak kanan ?
Gua dah cakap yang gua tak tahu apa jawapan untuk soalan tu
. jadi , sekadar itu sahaja yang boleh gua bagi . dah tiga hari gua migrain
fikir pasal benda nie . jadi , gua dah taknak seksa diri gua . setakat itu
sahaja yang gua tahu .
Sebarang salah silap dari gua , harap dimaafkan . gua pun
manusia biasa , tapi kacak macho hensem bergaya , tak lari dari buat silap .
adiosa .
No comments:
Post a Comment