Kotak Iklan

Lalu dia dirogol , bertalu talu

serabai habis. terlihat dari jauh, compang camping. eh, dia senyum? siap berdekah dekeh ketawa. siap menari nari gembira. padahal baru dirogol.

--

ter-kebiasaan dirogol seolah  sakit yang menghiburkan. lalu terus mengubah sebulatan emosi untuk ditukar kepada rasa yang bahagia. atas dasar itu, lantas terzahirnya apa yang diperlihatkan oleh diri dia, sekarang.

bila diimbas, teringat. pada saat pembukaan pintu perogolan dirinya, ter-percaya lantas bersungguh sungguh untuk terus percaya. punca dia dirogol pada masa itu.

datang peri, konon mahu mengubat luka dirogol. terus ter-percaya kemudiannya. dan peri yang konon itu, sebenarnya perogol maha hebat dari sebelumnya.

dan dia dirogol lagi, sehingga kini ;

oleh yang kononnya peri,
oleh yang kononnya suci,
oleh yang kononnya malaikat,
oleh yang kononnya Tuhan.

dek ter-kebiasaan dirogol, setiap inci perogolan yang berlaku, dia menikmatinya, senikmat yang mampu, senikmat yang perlu.

lalu dia dirogol lagi, bertalu talu.
walaupun dia itu seorang lelaki.

.


*rogol hati ; yang lain terasa sedap, pemilik hati barai jadinya.

1 comment: