Kotak Iklan

Tertakdirkan

bila Tuhan mula mengambil. Menarik kembali mereka mereka yang pada awalnya kita rasa adalah dunia kita. Aku sekadar melepaskan didalam rela yang terpaksa.

sehancur mana rasa, sebarai mana hati, itu adalah bahagian yang kita sendiri harus lalui. Tertakdirkan. Mungkin pada awalnya kita menyangkal kononnya hanya dia yang bisa. Bisa jemput bahagia. Nyata takdir Tuhan itu seindah indah tertakdirkan.

semalam aku terjaga selepas dongeng indah yang berputar didalam lena dimana aku dan kau pelakonnya, tamat. Saat semuanya nyata hanya sekadar ada didalam mimpi mimpi yang sekadar datang tanpa erti, yang hanya sekadar mimpi, aku tahu, engkau pasti tidak akan kembali.

kerana pada beberapa ketika, kita sendiri harus pasti, harus sedar akan suatu erti.

dimana,
ada beberapa perkara yang ingin kita simpan,
tertakdirkan kita harus melepaskan.

ada beberapa perkara yang ingin kita tahu,
tertakdirkan kita tidak harus tahu.

ada beberapa perkara yang ingin kita tetap,
tertakdirkan kita perlu mengubah.

Tuhan,
Guide us to the straight path - 1:6.

.

No comments:

Post a Comment