Kotak Iklan

Showing posts with label #kata. Show all posts
Showing posts with label #kata. Show all posts

Loser .


Teresak esak dia. Tipu kalau dibilangnya dia tidak peduli. Hati dia hancur. Walhal rasa kecewa itu seolah sudah terbiasa dan dirinya sudah lali dengan segala macam kecewa yang ada.

Pernah dia ditinggal begitu saja.

Pernah dia ditipu sesenang sesangat.

Pernah dia di-game kaw kaw.

Pernah dia meng-game lagi kaw.

Atas bawah roda sudah dia takluk. Sudah dia rasa. Tapi lain pada kali ini. Rasa kecewa yang datang seperti mencampak diri dia jatuh jauh ke dasar yang dia sendiri tidak tahu betapa hancur tubuh dia berkecai. Bukan sekadar hati. Pengalaman baru mungkin.

Seperti biasa, serpih hati berserta diri yang berkecai itu, dikutipnya perlahan.

Entah berapa lama perlu dia guna untuk mencantum semula segala.

--




Tapi dia dah biasa. Sangat biasa.

.

Penamat #kata .

setelah banyak yang dikata .
aku sedar .
hipokrit aku .
maka .
ini yang terakhir .
aku mahu jadi yang biasa biasa .
yang tak reti berkata kata .
yang kelu bila berbicara .
dan mungkin yang tak punya rasa .

dengan rasminya , BLOG INI DITUTUP .

-RedhzuanIndera-

#kata 52

lihat .
wahh ~ !
itu dia .
aku pejam mata .
buka semula .
PASTI !!
itu memang dia !

terkedip kedip aku .

hey awak !
lihat la sini !

saya tenung awak lama lama .
tapi awak langsung tak lihat saya .

tak apa lah .
bukan jodoh saya agaknya .

.


p/s ; kata yang mudah pabila akal buntu , hati celaru .

#kata 51

ubah segala ,
satu demi satu cela aku kau buka .
habis malu aku dibuatnya .

meski hari ini aku dilukai .
meski hari ini aku disakiti .
aku berharap ,
akan tiba satu hari ,
hari dimana aku rasa dicintai ,
dicintai oleh orang yang aku idam dari dulu lagi .



pfftss .


hilang macho aku sebab cinta .
HAHA .

.

#kata 50

hari hari aku berlalu tanpamu ,
mungkin masih salahku kerna terus menyintaimu .

malam malam ku sepi tanpa bintangmu ,
mungkin masih salahku kerana berharap padamu .

lemah diri .
tak daya berdiri .
tak mampu lagi bermimpi .
segala realiti perlahan lahan membunuh diri .

sedar .
aku bersalah .

aku bersalah kerana terus menyinta .
aku bersalah kerana terus setia .
aku bersalah kerana tak bisa terima segala .
aku bersalah kerana tetap usaha mendekati .
aku bersalah kerana tetap berharap pada mimpi .
aku bersalah kerana nafi segala realiti .

tolong aku .
tolong bawa aku ke damai pelukan kamu .
agar aku bisa jadi seperti selalu .

aku bersalah .
tolong aku .

.