Kotak Iklan

#kata 11

Ehh ~
Tanpa sedar aku kejar dia
Bukan itu yang sebenarnya
Bukan aku
Aku tak mahu

Tapi…

Hati kawal diri
Aku terus berlari
Berlari mengejar insan seperti bidadari
Ternyata aku tak mampu kawal diri ,
Bila hati mula jujur mencari

Sebab hati tahu apa yang aku impi
Dan telah aku tetapkan
Walau apa terjadi
Bidadari itu mesti aku miliki

Bukan sebab aku yang mahu
Tapi sebab hati mula bersungguh mahukan itu

Nyata hati ini jujur
Mengejar suatu impian ,
Walau sedar ia makin lebur .

Kembali sujud
Lepas aku sedar ,
Tuhan tahu apa yang benar terbaik dan yang aku mahukan

Lantas ,
Aku bermohon
Tuhan , tolong jawabkan segala persoalan . 

No comments:

Post a Comment