Kotak Iklan

#kata 12

Hari yang dilalui ,
Sepi .

Pelangi yang indah ,
Pergi .

Bersama janji yang dijanjikan ,
Bersama perasaan yang di perluahkan ,
Andai angin bisa menyampaikan pesan ,
Tolong ….
Tolong aku sampaikan kerinduan .

Bukan aku tak sudi menjadi watak dalam cerita kita ,
Tapi aku tak rela melihat kau dari jauh sahaja .
Tanpa bisa aku gapai .

Saat sekelilingmu tertawakan aku .
Aku hanya mampu tunduk .

Jujur …
Aku malu .
Menjadi bahan ketawa kerana terus mengejarmu .

Terlalu banyak alasan yang kau berikan ,
Semata menolak cinta yang aku persembahkan .

Memang !
Memang aku bukan Shah Jehan yang mampu terjemahkan segala perasaan,
  
Tapi .
Tidak kah kau pernah merasakan ,
Perasaan yang ku luah dengan perbuatan .

Atau ,
Kau hanya berpura ?
(ahhhh~ mungkin aku yang terlebih teruja)
Berpura dalam kehidupan .
Beraggapan aku tidak kau perlukan ,

(mungkin aku yang telebih perasaan)
Aku tahu kau cinta aku .
Tapi kenapa masih tidak mahu terima aku ?!
Aku tahu kau mahukan aku .
Tapi kenapa masih bermain tali dengan aku ?!

Apa yg kau mahu aku lakukan ?!
Kalau terkorban itu satu pengorabanan yg kau mahukan ,
Kenapa tidak ?
Demi kamu , aku rela lakukan .

Bukan aku menduakan Tuhan .
Tidak sama sekali itu yang aku maksudkan .
Tapi ,
Fahamilah keadaan aku .
Keadaan yang masih mahukan .
Mahukan dirimu menjadi teman .

Bukan mahu merayu ,
Cuma mahu menyatakan kebenaran.

Dari hati ,
Kau masih aku nantikan .

No comments:

Post a Comment