Kotak Iklan

#kata 42

Jatuh lagi jernih itu .
Aku rindu .
Jujur .
Terlalu rindu .

SAYA RINDU AWAK .

Walaupun saya tidak tahu dan tidak sedar bila sebenarnya saya mula jatuh cinta pada awak , tapi , jujur saya terlalu cintakan awak .

Ya . Kalaupun saya sering bermimpi untuk bersama awak , tidak bermakna awak perlu bersama saya .

Memang pada saat ini saya terlalu sakit , terlalu terluka , terlalu menderita . tapi tak bermakna hidup ini perlu berhenti , kan ?

Berharap akan tiba masa dimana saya kembali ketawa dan menerima hakikat bahawa saya mencintai awak yang tak pernah bisa bersama saya .

Sekurang-kurangnya hikayat cinta saya ‘complete’ dengan pengakhiran awak tidak mungkin bersama saya . Tak semestinya sebuah cerita perlukan pengakhiran yang gembira . Cukup jika ceritanya sempurna .

Tapi saya mohon pada awak . Tolong sempurnakan hikayat cinta awak . Walaupun bukan bersama saya , sudah cukup jika gembira itu , milik pengakhiran cerita yang awak punya .

senyum dan bahagia itu milik awak .
bukan saya .
mungkin ini bahagian yang telah ditakdirkan untuk saya .
tak mengapa .
saya terima .



**kata dicipta dari hati seorang sahabat yang meluahkan .

4 comments:

  1. kalau dah jodoh, tak akan kemana~ bersabar lah! jika tidak berjodoh, maka nya ada yang lebih baik dari dia~

    ReplyDelete
  2. memang Tuhan sengaja tak beri apa yang kita mahu .
    tapi Dia bagi apa yang betul betul kita perlu .

    terima kasih sudi lawat = )

    ReplyDelete