Kotak Iklan

# Karma

kali ini pasti lain .
aku akan buat sampai jadi bukan aku .
biar mereka mereka bermulut busuk itu ,
tahu yang aku benar benar mahu .

kali ini biar luar biasa .
aku mahu kuda tunggang manusia .
aku mahu raja jadi hamba .
aku mahu singa jinak sentiasa .

kali ini dunia biar berputar .
atas ke bawah .
bawah ke atas .

aku mahu semua rasa perasaan yang lain lain .
bukan hanya selesa dengan hidup yang dipunya .

biar dunia ini adil .
biar semua saling merasa .
biar semua tahu segala .
biar kan dunia terus dengan karma nya .

.

No comments:

Post a Comment