lepas berhari hari aku menari tanpa irama , menyanyi tanpa melodi , bermain gitar tanpa tali , mengetuk drum tanpa stick , bermain keyboard tanpa elektrik , dan kali ini , semua nya dah datang kembali . jiwa aku yang dah pergi , datang lepas aku mimpi aku mati seorang diri . langsung tiada siapa .
macam Sylar dalam Heroes , berubah dari yang kejam kepada yang jauh lebih naif dan murni , hanya kerana tidak mahu mati seorang diri . hanya kerana takut berseorang . sekali lagi aku ulang , berseorang . dan memang , aku takut berseorang . aku usaha sungguh sungguh , dan kalau kali ini aku berseorag pun , aku puas hati , sebab sekurang kurangnya aku dah usaha .
jiwa yang dulu dah hilang . jiwa yang sekarang dah datang . pasti akan lebih kuat dan gagah . jangan risau , jiwa yang kali ini akan tetap ada . takkan mengada ngada hilang entah kemana .
bila Tuhan mahu beri , Dia tetap akan beri . cuma kita yang perlu setiap hari minta tanpa pernah henti . usaha sampai mati . dan Tuhan takkan beri apa yang kita mahu , kerana Tuhan beri apa yang kita perlu .
.
p/s ; gua sibuk format laptop org sekarang nie .
selamat hari lahir.
ReplyDelete