dari segala yang realiti .
walau kadang mimpi itu lebih membahagiakan ,
aku pasti realiti jauh lebih hakiki .
maksud aku ,
hakiki pada kenangan yang tercipta .
sampai bila bila ,
tetap ada .
bagi aku ,
terlalu mudah menulis perkara indah .
terlalu mudah mencoret kata cinta .
sampai tiba waktu ,
kata itu hadir walau aku tidak memanggil .
dan disaat engkau hadir ,
aku lemas .
lemas dengan kata yang indah .
lemas dengan coretan cinta yang megah .
aku berenang ke dasar ,
cari yang terindah untuk disamakan ,
gagal !
aku terbang tinggi ,
capai bintang terang ,
hanya semata mencari yang terindah untuk disamakan .
gagal !
dan aku ditimbus.
ditimbus kata yang tak mampu disusun .
hanya kerana kau terlalu indah untuk aku perkatakan .
kalaupun aku usaha hingga hujung dunia ,
cari bagai nak gila ,
masih pasti akan gagal .
kerana kau tetap yang terindah ,
dan kerana keindahan kau ,
aku lemas dengan kata kata aku .
kerana tiada kata yang dapat menggambarkan
keindahan diri kau , sayang .
kau buat aku bisu .
dengan keindahan yang kau ada .
memang selamanya ,
tetap sampai bila bila .
kau tetap yang terindah .
jika memang jodoh ini milik kita ,
aku akan berjuang untuk terus .
dan jika jodoh ini bukan milik kita ,
akan aku usaha biar di akhir kata ,
jodoh itu tetap milik kita .
.
1:08 10012012
1:08 10012012
bole aku kata aku cemburu pada manusia yg bole buat kata2 indah..?
ReplyDeletemenyusun kata-kata seperti ini..
buat mata ku terkenyit2 bukan hanya sekali..
hohohooh..
setiap manusia boleh . antara mahu dan tidak mahu .
ReplyDeleteyang penting cari jiwa = )
usaha selagi terdaya..tiada salahnya..~
ReplyDelete*mekasih singgah.salam perkenalan kembali~ =)
kalau tiada daya pun , aku akan tetap adakan daya itu ,
Deletesemata demi dia yang terindah = ) .
terima kasih sudi lawat .
Berjuang..
ReplyDeleteJangan pernah menyerah.
Cuma jangan kau lupa untuk berserah,
hanya pada-Nya.
tetap . kerana aku telah tetapkan hati padanya dan padaNya . kerana aku hanya manusia biasa , yang tak mampu usaha perkara yg luar biasa . maka , hanya puisi cinta yang bisa aku persembah untuk dia .
DeleteTerima kasih kerana sudi melawat .
suka dengan kata2 ini..:)
ReplyDeletemoga saja awak dan mempunyai jodoh hingga ke syurga..:)
p/s: follow cni..:)
walau tiada , tetap aku usaha . tetap akan aku adakan juga . = ) .
DeleteTerima kasih sudi singgah ya .
pergghhh...ayat ni bleh buat pompuan cair...but for me, watever it is...life should be happy...don't think too much pada perkara yg hnya membebankan pemikiran...
ReplyDeleteniat yang penting . bukan aku mahu mencairkan perempuan , tapi aku mahu perempuan merasakan keikhlasan yang cuba aku tonjolkan .
Deleteterima kasih sudi lawat .