Kotak Iklan

# Buat Yang Terindah

aku menulis dari hati
dari segala yang realiti .
walau kadang mimpi itu lebih membahagiakan ,
aku pasti realiti jauh lebih hakiki .

maksud aku ,
hakiki pada kenangan yang tercipta .
sampai bila bila ,
tetap ada .

bagi aku ,
terlalu mudah menulis perkara indah .
terlalu mudah mencoret kata cinta .
sampai tiba waktu ,
kata itu hadir walau aku tidak memanggil .

dan disaat engkau hadir ,
aku lemas .
lemas dengan kata yang indah .
lemas dengan coretan cinta yang megah .

aku berenang ke dasar ,
cari yang terindah untuk disamakan ,
gagal !

aku terbang tinggi ,
capai bintang terang ,
hanya semata mencari yang terindah untuk disamakan .
gagal !

dan aku ditimbus.
ditimbus kata yang tak mampu disusun .
hanya kerana kau terlalu indah untuk aku perkatakan .

kalaupun aku usaha hingga hujung dunia ,
cari bagai nak gila ,
masih pasti akan gagal .

kerana kau tetap yang terindah ,

dan kerana keindahan kau ,
aku lemas dengan kata kata aku .
kerana tiada kata yang dapat menggambarkan
keindahan diri kau , sayang .

kau buat aku bisu .
dengan keindahan yang kau ada .

memang selamanya ,
tetap sampai bila bila .
kau tetap yang terindah .

jika memang jodoh ini milik kita ,
aku akan berjuang untuk terus .

dan jika jodoh ini bukan milik kita ,
akan aku usaha biar di akhir kata ,
jodoh itu tetap milik kita .

.

1:08 10012012

10 comments:

  1. bole aku kata aku cemburu pada manusia yg bole buat kata2 indah..?

    menyusun kata-kata seperti ini..
    buat mata ku terkenyit2 bukan hanya sekali..


    hohohooh..

    ReplyDelete
  2. setiap manusia boleh . antara mahu dan tidak mahu .
    yang penting cari jiwa = )

    ReplyDelete
  3. usaha selagi terdaya..tiada salahnya..~

    *mekasih singgah.salam perkenalan kembali~ =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau tiada daya pun , aku akan tetap adakan daya itu ,
      semata demi dia yang terindah = ) .

      terima kasih sudi lawat .

      Delete
  4. Berjuang..
    Jangan pernah menyerah.
    Cuma jangan kau lupa untuk berserah,
    hanya pada-Nya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tetap . kerana aku telah tetapkan hati padanya dan padaNya . kerana aku hanya manusia biasa , yang tak mampu usaha perkara yg luar biasa . maka , hanya puisi cinta yang bisa aku persembah untuk dia .

      Terima kasih kerana sudi melawat .

      Delete
  5. suka dengan kata2 ini..:)

    moga saja awak dan mempunyai jodoh hingga ke syurga..:)

    p/s: follow cni..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. walau tiada , tetap aku usaha . tetap akan aku adakan juga . = ) .

      Terima kasih sudi singgah ya .

      Delete
  6. pergghhh...ayat ni bleh buat pompuan cair...but for me, watever it is...life should be happy...don't think too much pada perkara yg hnya membebankan pemikiran...

    ReplyDelete
    Replies
    1. niat yang penting . bukan aku mahu mencairkan perempuan , tapi aku mahu perempuan merasakan keikhlasan yang cuba aku tonjolkan .

      terima kasih sudi lawat .

      Delete