Kotak Iklan

# Saya Bahagia Tengok Awak Bahagia

Bagi gua ayat tu tersangatlah loser. Kenapa perlu menidakkan suatu kebenaran? Ibarat kau menafikan realiti kehidupan kau sendiri. Ibarat kau menipu diri sendiri. BODOH. Perlakuan yang kadang memang tak langsung boleh diterima, tapi tanpa sedar, kita sendiri terlibat lakukan perkara yang sama.

Kadang memang perlu diguna itu. Untuk avoid dari terus bersedih, kita cuba mempositifkan semaximum mungkin diri kita sehingga kita tanpa sedar merelakan diri kita diluka dan mengatakannya sebagai bahagia. BAHAGIA. Apa lancau bahagia macam tu ?

Nah, bilamana kau lihat secara terang depan mata, si dia yang kau kata bahagia bila tengok dia bahagia, bemesra dengan entah siapa opposite gender dia seromantis mungkin. Apa yang kau rasa? Tetap bahagia? Jika memang itu yang kau rasa, Tahniah ! Kau dah berjaya menang Oscar Pelakon Terbaik. Kau juga sudah berjaya menjadi penipu terhandal dengan mampu menipu diri sendiri tanpa kau sedar yang kau ditipu.

Dengar rintihan hati kau. Dengar dan fahamkan apa yang hati kau mahu sebenarnya. Tetapkan kemahuan yang benar benar kau mahu. Satu perkara yang perlu kau pegang dalam hidup, “hidup harus kehadapan, bukan kebelakang” . Seterusnya sila tinggalkan segala yang menahan langkah kaki kau, yang merantai kaki kau untuk maju kehadapan.

Selagi mana kau merelakan hati kau untuk dirantai silam, selagi itu memang kau tidak akan kenal erti bahagia yang sesungguhnya. Hidup tidak seperti yang kita mahu. Memang benar ianya tak seperti yang kita mahu. Tapi hidup adalah mengenai bagaimana kita mampu usaha yang benar benar usaha mencorak hidup kita seperti yang kita mahu. Biar jika dipanjangkan Tuhan usia kita nanti, di akhir hidup kita, kita mampu tersenyum kerana kita telah pun menjalani hidup yang hampir kepada yang kita mahu.

Ubah segala yang kau boleh ubah. Hati kau, keinginan kau, mahu kau. Ubah dan ubah. Bilamana sesuatu perhubungan itu telah berakhir, redha. Sentiasa ingat, Tuhan ada perancangan yang terbaik untuk kita. Biar hidup dengan mahu yang sendiri. Bukan dikawal sekeliling. Jangan pernah merelakan diri menjadi boneka yang dikawal jari jari orang yang kita sayang. Memang kita sayangkan mereka, tapi pernah kita fikir, apa mereka sayangkan kita macam kita sayangkan mereka?

Bilamana kita cinta dan sayangkan seseorang itu, sebagai sesama manusia biasa, kita tiada hak untuk memaksa mereka merasakan yang sama dengan apa yang kita rasa. Kejam jadinya jika kita memaksa seseorang itu untuk cinta kita.

Buka mentaliti kita dengan luas gila, biar pada masa kekecewaan yang kita rasa itu, kita berfikir secara rasional dan bukannya emosional.

"Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran Allah" (51:49).

Dah terang kan ? Pekejadahnya nak kisah tentang mereka yang dah pergi dari hidup kita? Biarkan ja lah. Dia bukan untuk kita. Bukan dicipta untuk jadi pasangan kita. Senang ? Kan ?Kecuali la kalau kau dah geli geli dengan dia. In fact, memang susah nak lupakan semua. Kalau setiap kali tengok wayang geli geli, karoke geli geli, dating kat taman geli geli, kerja asyik nak beromen ja memang payah la hati kau nak lepaskan.

Kau kena faham beza hati dan nafsu. Kau sanggup tunggu orang yang kau kata kau bahagia bila tengok dia bahagia, kan? Sebenarnya kau bukan sanggup tunggu dia, tapi kau rasa rugi sebab kau dah bagi dia rasa semua. Sebab itu kononnya sanggup tengok dia bahagia dengan orang lain la segala bagai. Apa yang buatkan kau masih lagi terikat dengan dia adalah kerana nafsu kau pada dia. Nafsu yang kau dan dia dah kongsi masa beromen kat wayang time dating dulu. Dan disebabkan nafsu kau, kau jadi bodoh dengan membodohkan diri kau sendiri. Dengan menghalang diri kau dari rasa bahagia. Come on laaa.

Konsep bercinta tu senang sebenarnya. Relakan hati untuk dicinta dan menyinta. Bukan relakan badan untuk diromen dan meromen. Faham ? Cinta tu adalah satu perasaan suci yang Tuhan tu dah kurniakan kat kita. Jadi jangan kita kotorkan cinta tu dengan anggapan setiap kali bercinta kena beromen, baru cinta namanya. Meh sini gua nak cakap, kepala hangguk lu!

Akhir sekali, gua nak pesan. Cinta pada manusia jangan melampaui cinta kita pada Tuhan. Biar sehebat mana pun dia dalam hidup kau, kau kena ingat, kau dengan dia langsung tiada beza. Sama. Masing masing Tuhan yang ciptakan.

“... Jujur kan hati kamu habis habisan sama dia . Kalau dia risaukan sesuatu , jawabkan kembali kepada dia kenapa dia tidak perlu risau . Yakin kan dia bahawa kamu tahu pilihan kamu itu . Akhir sekali , minta perkenan Tuhan . Kadang kadang ini cara Tuhan memberitahu setuju tidak Dia sama pilihan kamu itu . Dan selagi belum berakhir , selagi itulah Tuhan mahu kita usaha . Bukan masa perkenalan yang memungkinkan sesuatu perhubungan itu kekal . Jika memang dia bukan untuk kita , terima dengan hati terbuka . Tuhan ada perancangan yang lebih baik untuk kita . Jangan dipertikai mengapa Tuhan buat itu dan ini . Tapi pertikai kenapa kita tidak usaha untuk sesuatu yang itu , dan sesuatu yang ini . Kalau pun kita tidak dapat apa yang kita mahu , tak mengapa , sebab sekurang kurangnya , kita sudah pun usaha . Bukan sekadar lepaskan begitu sahaja ...”

15 comments:

  1. belum baca . tapi dah follow . macam menarik ! XD

    ReplyDelete
  2. apakah sebab anda dengan menjarakkan tanda baca dengan perkataan?

    adakah itu dikatakan seni atau luahan syahwat

    ReplyDelete
  3. maaf, nak tambah siket dan nak tanya pendapat siket.
    kalau saya pulak macam man ?
    saya xpernah jumpa someone tu,
    cuma dalam FB ja.
    saya suka dia,
    tapi saya rasa bahagia bila dia bahagia dengan awek dia.
    mohon pendapat ? TQ:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. =) , ada beza antara suka, cinta dan sayang.

      suka tak semestinya anda cinta dia.
      sayang tak semestinya anda cinta dia.

      tapi cinta bermakna anda sayang dan suka kepadanya.

      Delete
    2. oh. mungkin ! neway, tengs ! :)

      Delete
  4. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  5. nice blog..
    and content yg sgt bermakna pd setiap pasangan dlm dunia ni.
    goodluck dlm bercinta.ape2 pun..Kerjaya(cita2) adalah no 1.

    ReplyDelete
  6. you have opened my eyes... thank you so much ! =)

    ReplyDelete
  7. duan , berair mate qis bace . serius nak nanges . naseb tga jage kedai . fuh fuhh , segale ape duan ckp sume betol . thanks :)

    ReplyDelete
  8. tahniah anda berjaya membuat sy mengangguk ktika membaca. awesome gile penulisan mcm ni.

    ReplyDelete