Kotak Iklan

Troll ; Saya Ni Lain Laa.

Aduh . Sumpah manis macam gula . Ayat yang hebat . Layanan yang agung . Biasalah tu . Sebelum dapat seseorang tu , kenalah tunjuk lagak yang kita ni lain dari yang lain . Meh sini gua nak cakap . Kepala hangguk lu .

Dulu masa dia jual mahal , masa kau dan dia baru kenal , punyalah manis kemain . cinta satulah , yang terakhirlah , cinta selamanyalah . Tapi bila kau dah dapat , sebulan ok , masuk dua bulan , kau ubah dia jadi robot . Robot yang kau dah programkan untuk turut segala kemahuan kau . Robot yang kau dah programkan untuk jadi macam yang kau nak .

Eh kau ! Apa kau ingat manusia yang kau dah curi hatinya tu , android ? Lu silap bro/sis . Sifat paling utama yang ada dalam diri manusia ; "manusia benci dirajai , hanya satu , manusia mahu difahami" .

Apa kau rasa kau hebat bila kau dah berjaya menguasai hidup seseorang tu ? Apa kau yakin dia bakal jadi yang utama ? Kau silap . Kau jadi hipokrit pada permulaan perhubungan . Dan kau akan terus hipokrit sehingga perhubungan itu berakhir .

Sekali lagi gua berani potong jari gua , ; mereka yang memulakan sesuatu perhubungan itu dengan keadaan hipokrit , maka hubungan itu takkan kekal lama . Ada yang nak bantah ?

Cinta tu senang sebenarnya . Kau selesa , dia selesa . Kau relakan hati , dia relakan hati . Kau cinta , dia cinta . Cukup syarat wajib nikah , terus nikah . Usaha lebih sikit , dapat anak . Bagi agama dekat anak , anak kunci kita ke syurga . Senang . Tapi yang susah nya untuk didik diri sendiri sebenarnya . Gua akui gua pun sama . Masih belum dapat jawab soalan "adakah kau sudah menjadi pemimpin yang baik untuk diri kau?" .

Balik kepada topik "saya ni lain laa" .

Cinta tu adalah bagaimana kita melengkapi kekurangan pasangan masing masing untuk membentuk sebuah perhubungan yang baik . Sebelum kau mencari yang sempurna di mata kau (kononnya lah kan) , kau harus sempurnakan diri kau dulu .

Cinta tu macam melukis . Bilamana corak yang kau lukis tu buruk , sebelum ia mencacatkan lukisan di akhir karya , baik kau padam pada permulaan kau melukis . Faham ?

a ; gua janji gua cinta lu sampai mati .
b ; ah lu . sembang . semua sama ja . belum dapat memang ayat boleh buat gua kena diabetis .
a ; gua lain . gua takkan jadi yang sama macam yang sebelum sebelum ni .
b ; apa jaminan lu ?

**kalau kau di tanya soalan tu (apa jaminan lu ?) , apa yang kau akan jawab ?


.

17 comments:

  1. serius x bez langsung...
    ni ke troll??ni sampah namanya syg...
    maaf kalau terasa...
    sila perbaiki tulisan awak.
    ni last sy dtg.
    blog x bez jgn la pegi promot
    maaf skali lg

    ReplyDelete
    Replies
    1. erk kawan....kau bca ngn kpala lutut ke? kalau yer pn jgn la smpai pnggil smpah...hina namanya tu...Kau tu jgn nk jeles sngt....kau ckp x best tpi rmai yg knjung blog dia dan rmai jgak yg ckp best...rasanya kau sorang je yg ckp x bez sbb kau bca ngn kpala lutut..

      Delete
    2. = ) , jangan gaduh gaduh . setiap org kan ada cara masing masing . mungkin bagi dia jadi antagonis tu cool , tapi bagi kita tak . mungkin bagi kita jadi protagonis tu cool , tapi bagi dia tidak . setiap orang lain lain . ada pegangan masing masing . = )

      Delete
  2. nice your posting...

    sucsess slalu ya...

    ReplyDelete
  3. aku serba kekurangan..
    aku cari yg serba serbi lebih...
    supaya wujud keseimbangan kt situ.. kehkehkeh..boleh..?

    cukup utk aku kalau lelaki tu boleh hormat aku sebagai wanita..

    ReplyDelete
  4. nice..
    tip top..(^^,)

    entry bru --> http://aqataukamu.blogspot.com/2012/02/wordless-wednesday-5.html

    ReplyDelete
  5. Gua ada tanya apa jaminan dia (: Dia? Err, lu singgah post nie (:


    http://madcapletters.blogspot.com/2011/06/gagak-dan-langit.html

    #Tapi gua masih percaya, macam orang bodoh. Gua masih percaya, macam orang bodoh. Gua masih percaya, macam orang bodoh. Hahha, dan dia masih ada untuk gua, cuma perhatian dia lebih untuk masa depan kami. Itu dia beratkan. Sekarang gua hanya menunggu jodoh kami itu, entah sampai entah tidak (:

    ϟ Long Live

    ReplyDelete
  6. sungguh bermakne di setiap kata-kata <3


    Cinta tu macam melukis . Bilamana corak yang kau lukis tu buruk , sebelum ia mencacatkan lukisan di akhir karya , baik kau padam pada permulaan kau melukis . Faham ?

    ye , qis faham , tak patut kite mulekan percintaan tu kalau kite tawu yg kite tak boleh nak teruskan nye . same lah qis dgn cahaye baru yg dtg kat qis . tp malangnye , qis maseh mengingati cahaya lame dan qis sgtsgt bencikan perasaan itu !!

    sekian .

    #qis suke sgtsgt setiap ayat duan , penuh makne yg tersirat :)

    ReplyDelete
  7. macam ada pengalaman jaa???

    ceciter... haha.. :)

    ReplyDelete
  8. gua suka ayt lu bro !
    SENTAPPPP!
    gua pun fikir benda yang sama . .
    sebab tu gua membujang sampai sekarang walaupun ada yang sudi. .
    gua xnak DIRAJAI !
    thats the point !

    ReplyDelete
  9. Cinta tu adalah bagaimana kita melengkapi kekurangan pasangan masing masing untuk membentuk sebuah perhubungan yang baik .

    Betul tu!! Aku support. Baik buruk pasangan kita tu, kita terima seadanya. Dah nama manusia, for sure ada ketidaksempurnaan.

    And aku sokong bab manusia tak nak dirajai. Sangat annoying bila diri dikawal oleh pasangan, especially kalau orang tu setakat pakwe/makwe, memang nak kena belasah. I mean, kau siapa nak control aku? Parents aku pun tak macam tu!

    ReplyDelete
  10. back to basic, kena tengok balik niat sesuatu hubungan tu baru boleh nak ada jaminan.. =)

    nice post brother.

    ReplyDelete
  11. salam bro,
    aku baru perasan comment kau kat blog aku.pasal projek kita.sori bro aku tak perasan awal.apa2 pun gudluck.=)

    ReplyDelete