Kotak Iklan

# Nak Yang Lebih Baik .

Petang dulu dulu , gua jalan . Gua tuju satu padang luas . Gua ada mission pada hari tu . Mission gua nak cari rumput paling cantik dekat atas padang tu . Even padang tu tak besar mana , tak sebesar Old Trafford (GO GO MU !) , tapi memang jenuh lah nak cari . Jadi macam yang korang tahu , gua bukan jenis mudah mengalah . Gua gagah jugak nak cari rumput paling cantik .

Tapi ada syarat . Gua hanya boleh berjalan terus ke hujung padang , tanpa boleh patah balik ke belakang . Jadi , gua pun mula berjalan . Ahh ! Gua jumpa . Gua pun pegang rumput yang bagi gua , rumput tu cantik . Gua jalan lagi , sebab padang still luas , gua jalan lagi dalam 6 langkah , gua jumpa rumput yang cantik lagi . Gua pun buang rumput yang lama , gua ambik rumput yang baru tu . Gua still tak puas hati , gua pun jalan lagi . Sebab gua tahu padang tu memang banyak rumput yang lebih cantik . Dan apa yang gua buat tu pun terus berterusan sampai hujung padang tu .

Bilamana gua sampai je hujung padang , gua tengok tangan gua . Kosong . Sebab semua rumput rumput yang cantik , yang gua dah ambil sebelum ni , gua buang . Pada pemikir gua , mungkin di hadapan tu ada yang lagi cantik . Tapi gua silap . Dan pada penghujung mission gua , tangan gua kosong . Takada rumput yang cantik yang gua boleh simpan , yang gua boleh miliki . Sebab gua tamak . Gua bodoh . Gua tak hargai apa yang gua ada dan sentiasa mencari yang lebih baik .

Ok . Tamat cerita gua . Korang faham ? Harap faham lah .

Azali manusia sukakan yang lebih cantik . Azali manusia sentiasa mahukan yang lebih baik . Tapi pernah korang sedar , apa korang dah cukup layak untuk mendapat yang lebih cantik ? apa korang dah cukup layak untuk mendapat yang lebih baik ?

Korang silap . Cinta tu bukanlah mengenai mencari seseorang yang sempurna . Tapi cinta itu adalah mengenai bagaimana kita menyempurnakan diri kita untuk seseorang itu .

Entry kali ni gua malas nak cakap panjang-panjang . Gua cuma nak korang yang fikir panjang panjang .

Kata akhir dari gua untuk entry ni , “jangan mencari seseorang yang lebih baik, carilah seseorang yang boleh membuatkan kita menjadi lebih baik” .

.

9 comments:

  1. I juz wnt to add on smthing. . utk mndapatkan yg baik akidah & akhlaknya, kita msti jd yg baik akidah & akhlaknya dhulu.. Allah itu MahaAdil. . Dia xkan biarkan hamba yg dicintai & mncintai Nya kecewa dgn cinta sesama mnusia. . insyaAllah=)

    ReplyDelete
  2. lumrah manusia kan, walaupun dia tak seberapa tapi dia ttp nak yang terbaik...

    ReplyDelete
  3. maka setujulah hamba dengan kta dari tuan halaman..

    janganlah kita mudah terpedaya dengan kecantikan dunia..masa yang panjang utk diluang bersama pasangan memerlukan kesefahaman dan cinta yang setia...apalah guna cantik yang sementara dek lama2 kita juga akan tua

    ReplyDelete
  4. Janganlah menganggap single itu bahaya , atau kesunyian.. Single bermakna Allah ingin memberikan kita yang terbaik dalam dunia....

    my teacher told to me... so, i shared it with u..

    ReplyDelete
  5. ayat laz tu macam baru dengar kat wayang tadi. . This Means War ! hew~~ :D

    ReplyDelete
  6. aku cuba untuk sempurnakan diri aku terlebih dahulu sebelum aku sunting mana-mana bunga di taman terjaga. tapi aku tersepit, sebab tak banyak bunga yang nak tunggu aku lengkapkan diri aku. banyak bunga yang terburu-buru pada pandangan aku..sedangkan aku ingin mereka mendapat aku dalam kondisi yang terbaik.


    btw, mana aku nak download lagu pertama dalam blog kau ni...?

    ReplyDelete
    Replies
    1. = ) , lagu yang mana ya ? sebab playlist adalah random .

      Delete