Kotak Iklan

Troll ; Kembali Pada Landasan .

Sila kembali ke landasan hubungan yang sebenar . Faham ? Meh gua terangkan .

Niat asal berpasangan tu penting . Dan bila sudah berpasangan , haruslah saling menjaga hati masing masing . Kalau sebelah pihak sahaja yang mati matian usaha untuk mencorak hubungan ,  takkan jadi jugak hubungan tu . 

Cinta tu senang sebenarnya . Ibarat dua manusia yang melukis di atas satu kertas lukisan . Untuk menjadikan lukisan itu cantik , haruslah kedua duanya saling bantu membantu serta sama sama usaha untuk mencorak yang cantik cantik pada permukaan tersebut . Kalau hanya seorang sahaja , memang takkan jadi lah lukisan tu . Takkan seimbang .

Kau mahu dia jadi seperti ini , seperti itu . Tapi kau ? Pernah kau jadi macam yang dia mahu ? Memang lah bilamana kita menerima seseorang itu , kita terima dia seadanya . Tapi , itu tak bermakna kau dapat green light untuk terus menerus melakukan sesuatu yang si dia tak suka . Sejujurnya , kau sendiri tahu dan sedar sama ada perkara yang kau buat itu , apa kesan kepada si dia . Tapi kau ego . Sebab bagi kau , hanya dia yang perlu mencorak dengan baik hubungan korang itu . Jadi , korang akan selesa dengan hubungan korang itu tanpa membuat apa apa . Meh sini gua nak cakap . Abah Kau !

Kau nak hubungan yang terbaik , tapi pernah kau melakukan yang terbaik untuk hubungan korang itu ? Sedar dulu diri sebelum merungut dalam sesuatu perhubungan tu . Hubungan takkan jadi kalau sekadar hanya seorang yang usaha memakmurkan hubungan tu . Tangan bertepuk sebelah takkan berbunyi . Ye dak ?

Memang mudah untuk kau meminta maaf atas kesalahan kau pada dia . Tapi apa makna maaf tu bagi kau ? Biar gua teka , maaf bagi kau adalah "kau harus terima aku seaadanya" kan ? Kalau itu makna maaf bagi kau , memang kebebalan dah bertempek tempek dekat dahi kau tu . Maaf kalau apa yang gua cakap tu kasar . Tapi untuk bagi korang sedar jugak .

Makna sebenar maaf adalah "aku takkan ulang lagi" . Faham ? Dan kau ingat , bila kau dah minta maaf , semuanya akan selesai ? Pak ang ! Standard manusia lah kalau dia masih terasa even kau dah minta maaf . Eleh , macam la kau tak macam tu . Puii . Jangan nak malaikat sangat lah .

Jadi , jika korang yakin yang hubungan korang sekarang ini last forever , memang wajib lah korang kembali balik pada landasan perhubungan yang sebenar . Corak cinta bersama sama . Biar masing masing puas hati .

Kita buat apa yang orang lain tak buat , kita dapat apa yang orang lain tak dapat .

Makanya , kembali kepada landasan perhubungan yang sebenar . 

.

soalan peberet kawan aku Julap Ekah  , hidup untuk seorang , atau seseorang , atau orang-orang ? silalah jawab yea . 

Assalamualaikum . 

5 comments:

  1. der nama tak comersial der -____-

    ReplyDelete
  2. find the words of life and you're gonna get why you should be in love.

    ReplyDelete
  3. haaa~ agak suke topik niey. tp, kdg kdg, sbelah pihak ego. manusia tak sempurna kan ? sentiasa melakukan kesilapan. tp kdg kdg, mcm tak boley trime je kslahn psgn tu. hal kecik pun jd besar. then, ptus cmtu jelaa. bile da agak kterlaluan, pk diri tak mampu, kapel balek la pulak. cmne pulak ngn prasaan sbelah pihak tu kan ? mcm men men je. tp sbb syg, trime jelaa. so, conclusion, ego mmg tak ptot ad dlm hbungan. pemusnah kowt. kite mmg diciptakan brpsgn rite ? so,hdup bkn utk sorg, bkn utk org org, but for someone :)

    ReplyDelete
  4. hamba sokong sangat makna maaf tu xkan mengulanginya lagi =)

    ReplyDelete