"Cari dimana lebihnya dia . Bukan pertikai dimana kurangnya dia"
Jika korang mahu seseorang itu , terima seadanya . Cari dimana lebihnya dia . Bukan asyik pertikai dimana kurangnya dia . Dan jaminan gua , lepas korang pertikai kurangnya dia , pasti korang akan terus bergaduh . Gaduh dan terus bergaduh . Kan ? Power tak gua ? HAHAHA . *haram jadah gua riak sekejap . padahal mata gua ni sebelah tengah sepet lagi ni . Tak bukak habis dah gua pergi update blog .
Pernah tak korang terfikir , kenapa korang susah dan mungkin juga mustahil untuk mendapat seseorang seperti yang korang idam idamkan . Pernah ?
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."
-Al Baqarah , 216 .
Jangan korang dibutakan dengan kekurangan dia dan akhirnya kau kambus segala kelebihan yang dia ada hingga kau akan nampak si dia itu seolah olah tidak berguna kepada kau . Gua nak tanya , lu fikir lu berguna sangat ke weh ? Gua benci pada orang yang sangat confident bahawa mereka ini lebih bagus dari seseorang tu . Boleh pergi jalan lah weh . Lu duduk dalam hutan , kawan dengan beruk . Confirm lu akan nampak lebih bagus dari diorang .
Dalam hidup gua , gua berpegang pada satu perkara . "Manusia boleh berubah . Tidak semestinya jika mereka jahat pada hari ini , mereka akan terus jahat pada esoknya . Dan tidak semestinya jika mereka baik pada hari ini , mereka akan terus baik pada esoknya ."
Makanya , jangan dipertikai kekurangan seseorang itu . Dan korang juga kena faham , ada beza antara pertikai dan menegur . Jika kekurangan itu boleh diubah (bukan bersifat kekal) , maka kau nasihatlah si dia dengan baik . Bukan kau merendahkan dia . Kau ingat kau dah cukup sempurna untuk buka cela seseorang tu ? Cermin badan kau dulu . Badan penuh kurap , sibuk pula kau kisahkan kurap orang lain .
Sekian .
Lagu untuk entry kali ini , Selamat Tinggal Kekasih - Kertas .
.
terkadang kita tak boleh mengharapkan kesempurnaan dari orang lain tapi kita sepatutnya perbaiki dulu kelemahan yang ada dalam diri kita
ReplyDelete