Kotak Iklan

# Mitos

(PART 1 )


Bintang terang jatuh ke bumi . Memang jarang untuk dijumpai . Khas untuk mereka yang patah hati . Mahu beli ?

Kata penjual hati dekat pasar malam tadi . Sampai terbawak mimpi aku dibuatnya . Tapi menarik . Aku macam dipaku untuk terus ingat segala yang jadi di gerai usang milik lelaki lengkap bertali leher bersuit putih .

Aku sebagai pembeli hanya mampu membeli . Betul ataupun tidak aku pun tak pasti . Aku rasa aku patut mencuba .

Ya . Aku patut mencuba . Tapi aku takut . Sebab kena bayar dengan cinta . Entah ada lagi atau tidak cinta dalam diri aku ni . Aku rasa dah disedut habis mereka mereka yang dah buat aku patah berkali kali dulu . Aku buntu .

Entah , hati aku mula berkata . Cubalah . Kau dah penat kan ? Penat dalam patah hati . Mungkin ia mampu jadi penawar . Kau dah penat makan racun kan ? Cubalah makan penawar pula kali ini .

Bingung . Aku tak tahu . Sebab racun yang aku makan dulu , mereka kata madu . Aduh . Hey hati , kau yakin yang kali ini penawar ? Atau racau yang akan buat gua terjelopok tersembam ke bumi lagi ?

Kau dah cuba ke ? Kau belum cuba dah buat ayat pasrah pulak . Hey otak , buka sikit ruang kau . Bagi budak ni fikir sikit  .

Lahanat kau hati . Dulu kau buat budak ni jatuh . Lama dia tersembam . Muka penuh lumpur . Tapi disebabkan ada aku , aku buat budak ni kuat . Bagi budak ni kuasa bangun semula . Kau memang lahanat hati . Patot la orang cakap ikut hati mati . Kau memang nak bunuh dia ? Kan ?

Alahai . Aku juga dipersalahkan ? Kalau betul kau yang membantu budak ni , kenapa kau ikut cakap aku ? Sedangkan kau mampu menguasai segala dan mampu menghalang aku . Aku hanya hati . Bukan otak yang hanya berfikir setiap masa .

Sebab kau hati . Sebab tu aku biar segala . Aku mahu budak ni tak percaya lagi pada kau . Sebab tu aku izinkan kau jatuhkan dia berkali kali . Tapi kau jangan risau hati , kali ni kau takkan terlepas . Aku mahu dia sedar betapa hebat kuasa akal berbanding hati .

Hey otak. Aku rasa kau kena ikut cakap aku . Memang kalau ikut cakap aku kadang kadang membawa kebahagiaan . Kadang membawa kedukaan . Tapi , kau pernah berfikir ? Aku juga yang menempuhi kesakitan , kepedihan dan keperitan . Aku dah tak sanggup lagi . Aku ingin melihat sinar kebahagiaan budak ini . Tolong beri aku peluang . Dengarlah kata aku.

Boleh senyap tak gampang ? Jerkah aku kepada hati dan otak . Aku buntu . Tak tahu mana satu . Tapi betul juga kata otak . Guna akal . Sebab akal bezakan haiwan yang bernama manusia dengan haiwan yang lain . Ya . Kali ini aku takkan jatuh lagi . Kalau aku jatuh pun , aku akan pastikan aku sempat tarik segala untuk jatuh bersama-sama aku . Aku nekad . Alang alang terjun , biar basah bermaruah .

Bersambung ....

karya : Redhzuan Indera , Aqilah Ismahisham

1 comment: