Kotak Iklan

#kata 14

Kau berpaling tanpa mahu pandang aku ,
Kau menolak setiap sentuhan aku padamu ,
Hanya kerana aku terjemahkan rasa hati ketika itu ,

Kau berkata ,
Kau tidak mahu ambil tahu pasal diriku .

Aku berkata ,
Maaf .
Aku sedar aku tak mampu bahagiakanmu .

Tapi ,
Jauh di sudut hati ,
Aku masih mahu dirimu ,
Hadir dalam setiap mimpi ,
Menjadi permaisuri dihati ini .

Ahhhhhhhh !!!!

Hipokrit aku sebab menafikan rasaku padamu .
Hina .
Hina yang penuh cela .
Cela yang disulami kecelakaan saat aku mengatakan ,
Aku benci kamu ,
Sedang kau masih aku sayangkan .

Hati aku terus memberontak .
Kaki aku terus menghentak .
Saat aku diam tanpa langkah ketika kau melangkah pergi .
BODOH !!!!
Aku tidak kejar kamu .

Bukan aku tidak mahu .
Tapi aku sedar aku tak mampu .
Aku tahu kemampuan diriku .

Bukan aku tidak mahu usaha .
Cuma cuba kau khabarkan ,
Usaha sepertimana lagi yang perlu aku gagahkan ?

Telah aku cuba menjadi seperti yang kau mahukan .
Telah aku senyum walau hati penuh kedukaan .
Telah aku ubah segala keburukan .
Telah aku menjadi aku yang sahabat aku tidak terkenalkan .
Semua kerana itu yang kau pintakan .

Bagai ada yang masih tidak cukup .
Kau masih tak mahu lihat aku yang terbogelkan .
Yang malu sebab semua mentertawakan .

Dan dari jauh ,
Aku lihat sinis senyummu menjadi hadiah buat diriku .
Yang terbogelkan sebab semua kebodohan yang aku lakukan.
Demi kamu !
Demi kamu dan kamu !

Masih lagi kau tak terlihat ,
Apa lagi ??!!!
Apa lagi yang mesti aku usaha ?

Atau…………

Aku hanya terpaksa menunggu sehingga akhir usia,
Baru kau mengatakan YA untuk mencuba menyinta .

No comments:

Post a Comment