Kotak Iklan

#kata 15

Awak ,
Awak kata awak nak pergi .

Jadi ,
Saya kata dengan masa yang ada ,
Biarlah kita bahagia .

Awak ,
Awak kata awak mahukan saya ,
Tapi awak tak boleh bercinta pada ketika saya mahukannya .

Jadi ,
Saya kata saya akan tunggu awak hingga awak bersedia .
Biarlah saya terseksa jika cuma boleh melihat awak dari jauh sahaja .

Awak ,
Awak cakap awak mahu ada putera puteri dengan saya ,
Mesti comel ,
Sebab awak kata mereka akan ikut iras awak .

Jadi ,
Saya kata memang comel ,
Sebab bagi saya ,
Awak bintang yang paling terang yang pernah tiba .

Setelah semuanya ,
Saya mula yakin .
Mula percaya dengan semua kata .
Saya yakin kita mampu tunaikannya .
Sebab awak tunjukkan yang benar saya yang awak mahukan .

Tapi……
Kenapa tiba tiba….

Awak lupa saya
Awak tak lihat saya meski saya ada di depan awak .
Awak tak pandang saya saat saya berbuka puasa dengan air mata .
Awak tak salam saya sebelum awak pergi tinggalkan saya .
Awak tak pandang saya yang berada di belakang awak .
Awak seperti lupakan janji awak .

Awak ,
Ingat tak awak janji untuk menyinta , ?
Ingat tak awak janji untuk setia , ?
Ingat tak awak janji untuk bersama , ?

Janji makin lebur ,
Cita cita hancur .

Angan saya dan awak ,
Sudah tak mampu lagi di angankan .

Awak berubah sebab mereka ?
Sebab mereka yang tak mahu awak bersama saya ?

Tapi awak tahu apa yang hati awak mahukan ,
Meski Tuhan lebih tahu apa yang terbaik untuk kehidupan ,

Jadi ,
Saya mohon ,
Awak ….
Jadi la seperti dulu ,
Seperti bahagia yang pernah kita kecapi dulu .
Jangan berubah hati ye .

Sebab..
Dalam hati saya ,
Cuma ada awak sahaja .

Meski saya ada dengan dia .
Tapi saya tahu awak tahu apa yang sebenarnya .

Walau saya cuba membenci lepas semuanya ,
Tapi saya masih tak ada daya dan kuasa .
Sebab hati saya masih mahukan awak .
Sebagai sebab untuk terus berjuang demi bahagia .

Awak ,
Saya akan berjuang demi cinta awak .
Demi angan kita
Demi mimpi kita
Demi rasa kita
Demi silam kita
Demi masa depan kita
Demi cinta kita .

Mungkin bagi kebanyakan orang ,
Bersama selamanya adalah mustahil ,
Tapi bagi saya ,
Saya dan awak mampu lakukan nya .
Saya dan awak bersama selamanya .
Hubungan kita bersama selamanya .
Rasa kita bersama selamanya .

Jadi saya mohon .
Awak …
Awak terus menyinta ye .
Jangan la berubah hati .
Sebab walau apa pun terjadi ,
Hati saya takkan pernah goyah .
Saya takkan menjadi lemah .
Awak ,
Walau apa pun terjadi ,
Walau apa jua tindakan saya ,
Walau apa sahaja yang awak lakukan pada saya ,
Dan walau apa pun yang menimpa ,
Ingat ,
Perasaan saya pada awak tidak pernah berubah ,
Tetapi bertambah setiap hari .

Awak , demi semua antara kita .
Biarlah kita terus bersama .

SAYA CINTAKAN AWAK LEBIH DARI SAYA CINTAKAN DIRI SAYA SENDIRI , SEBAB SAYA MENJADI SAYA BILAMANA AWAK ADA BERSAMA SAYA .

-saya cinta awak-

No comments:

Post a Comment