Kotak Iklan

#kata 38

kau menangis ?
memang aku tak daya .
aku tak kuasa untuk menceriakan kau semula .
tapi .
aku janji .
aku boleh jadi teman menangis sekali .

kau keseorangan ?
memang aku bukan sesiapa .
aku bukan ayah kau .
aku bukan abang kau .
mungkin aku juga bukan kawan kau .
tapi .
aku janji .
jika mereka tiada untuk mendengar semua cerita kau .
kau sentiasa ada aku untuk kau khabarkan semua .

kau ada dilema ?
memang aku tak bisa menyelesai segala .
tapi .
kau masih ada aku untuk berkongsi semua .

dan bilamana kau berjalan dan tidak berteman .
aku tahu aku tak sepadan berjalan beriringan .
tapi .
akan aku patuh .
akan aku jalan dari belakang .
dan melindung kau dari segala yang mendatang .

namun .
jika tiba masa aku tiada bilamana aku kau perlukan .

sedar satu perkara .
aku telah pergi menuju Tuhan .

sebab kau tidak pernah aku tinggalkan .
cuma aku tak bisa melawan jika Tuhan pisahkan .

.

6 comments:

  1. sebab kau tidak pernah aku tinggalkan.
    cuma aku tak bisa melawan jika Tuhan pisahkan.



    ayat yg menarik minat aku untuk terus membaca di sini. :)

    ReplyDelete
  2. Lisasuke's ; kalau mahu diambil kata ini , ambillah , kerana apa yang ada , memang untuk dikongsi .

    ReplyDelete
  3. MrThinkerAli ; terima kasih kerana sudi membaca sampai akhir #kata . sama sama kita manfaatkan apa yang ada . = )

    ReplyDelete
  4. suka ayat yg last tuh jgk..best ! :)

    teruskan usaha lg oke wat ayat best2..^^
    thanks jgk singgah blog..

    ReplyDelete