kau menangis ?
memang aku tak daya .
aku tak kuasa untuk menceriakan kau semula .
tapi .
aku janji .
aku boleh jadi teman menangis sekali .
kau keseorangan ?
memang aku bukan sesiapa .
aku bukan ayah kau .
aku bukan abang kau .
mungkin aku juga bukan kawan kau .
tapi .
aku janji .
jika mereka tiada untuk mendengar semua cerita kau .
kau sentiasa ada aku untuk kau khabarkan semua .
kau ada dilema ?
memang aku tak bisa menyelesai segala .
tapi .
kau masih ada aku untuk berkongsi semua .
dan bilamana kau berjalan dan tidak berteman .
aku tahu aku tak sepadan berjalan beriringan .
tapi .
akan aku patuh .
akan aku jalan dari belakang .
dan melindung kau dari segala yang mendatang .
namun .
jika tiba masa aku tiada bilamana aku kau perlukan .
sedar satu perkara .
aku telah pergi menuju Tuhan .
sebab kau tidak pernah aku tinggalkan .
cuma aku tak bisa melawan jika Tuhan pisahkan .
.
suke dengan kata2 nih...
ReplyDeletesebab kau tidak pernah aku tinggalkan.
ReplyDeletecuma aku tak bisa melawan jika Tuhan pisahkan.
ayat yg menarik minat aku untuk terus membaca di sini. :)
Lisasuke's ; kalau mahu diambil kata ini , ambillah , kerana apa yang ada , memang untuk dikongsi .
ReplyDeleteMrThinkerAli ; terima kasih kerana sudi membaca sampai akhir #kata . sama sama kita manfaatkan apa yang ada . = )
ReplyDeletesuka ayat yg last tuh jgk..best ! :)
ReplyDeleteteruskan usaha lg oke wat ayat best2..^^
thanks jgk singgah blog..
lieyly ; = ) , terima kasih .
ReplyDelete